Wednesday 7 December 2011


MATLAMAT KSSR PENDIDIKAN MUZIK
Kurikulum Muzik sekolah rendah bermatlamat untuk membina potensi diri murid ke arah melahirkan insan kreatif yang menghayati dan menikmati muzik secara intelektual menerusi aktiviti muzikal.

OBJEKTIF
Kurikulum Muzik sekolah rendah bertujuan untuk membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut;
i. mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik,

ii. mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik dalam aktiviti muzikal,

iii. menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan bermain alat muzik,

iv. membaca dan menulis notasi muzik,

v. menghargai pelbagai jenis muzik dengan menyatakan secara lisan dari aspek muzikal karya muzik yang didengar; dan

vi. mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.





FOKUS MATA PELAJARAN

Kurikulum Muzik sekolah rendah dibina berasaskan empat modul kurikulum berikut;

Modul Pengalaman Muzikal
Murid memperoleh pengalaman muzikal menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik.

Modul Penghasilan Muzik
Murid menzahirkan idea kreatif melalui aktiviti muzikal yang dialami semasa pengajaran dan pembelajaran.

Modul Apresiasi Muzik
Murid menghayati dan menghargai pelbagai jenis muzik menerusi pendedahan muzik daripada pelbagai budaya.

Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik
Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas membaca dan menulis notasi muzik.








No comments:

Post a Comment